Kolej kediaman Universiti_Tun_Hussein_Onn_Malaysia

Di UTHM, asrama tempat tinggal bagi siswa serta siswi dipanggil "kolej kediaman" (KK). Istilah ini mula digunakan selepas institut ini mendapat gelaran universiti, istilah lamanya adalah "desasiswa". Kolej kediaman ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, dalam kampus (bagi pelajar kejuruteraan) dan luar kampus (selalunya bagi pelajar di kampus bandar serta PALAPES).[10]

Perjanjian menduduki kolej kediaman

Setiap pelajar yang memasuki institut ini akan diberikan tempat tinggal di kolej kediaman tertentu di mana tempat menetap tersebut ditentukan oleh Universiti, pelajar tidak dibenarkan memilih tempat tinggal pada awal kemasukan mereka. Pelajar akan duduk menetap di Kolej Kediaman yang ditetapkan dalam tempoh dua tahun tanpa membuat rayuan. Namun begitu, mulai kemasukan pelajar baru sesi 2009/2010, pelajar akan tinggal di dalam kolej kediaman untuk tempoh satu tahun sahaja. Tahun berikutnya pelajar perlu sewa di luar. Selepas tempoh tersebut tamat, pelajar yang masih ingin menetap di kolej kediaman dikehendaki membuat rayuan pada Kolej Kediaman yang mereka ingin duduki. Kelayakan menduduki diukur dengan keaktifan pelajar berkenaan dalam aktiviti KK serta aktiviti Universiti selama mereka menduduki KK. Pelajar yang tidak berjaya terpaksa mencari rumah sewa di kawasan berhampiran.

Nama-nama kolej kediaman

  • Dalam kampus
    • KK Tun Dr. Ismail
    • KK Tun Fatimah
    • KK Tun Syed Nasir
  • Luar Kampus
    • KK Bestari
    • KK Perwira